Thursday, August 19, 2010

Keadilan Untuk Beng Hock




Izinkan saya menggunakan Bahasa Malaysia, kerana cuma bahasa inilah yang mampu saya luahkan segala keperitan bercampur bara kemarahan dengan lantangnya !

Setelah sekian lama mengikuti kes Beng Hock, sememangnya saya telah bosan. Bosan dan jemu terhadap kelembapan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka untuk menyelesaikan Kes ini. Dapatkah anda membayangkan betapa peritnya keluarga Beng Hock menanggung penderitaan menunggu keputusan siasatan Beng Hock ? Fahamkah anda keletihan mereka untuk sentiasa memperingati peristiwa sedih ini? Mereka kini semacam tersekat di ruangan masa dan tidak mampu melupakan kesedihan ini. Mereka kini telah tenat menunggu, baik ke buruk, mereka memperjuangkan satu keputusan. Tapi, berapa tahun lagikah pihak berkuasa hendak menangguh?

Tahukah anda betapa payahnya pakar bedah porntip hendak datang ke tanah ini untuk memberi keterangan ? Tahu tak betapa rumitnya prosedur yang beliau telah lalui untuk membedah siasat mayat Beng Hock ?

TERIMA KASIH ! TERIMA KASIH PORNTIP !!! Kerana sanggup melalui segala kepayahan dan ancaman. Terima kasih kerana masih berjalan dengan kami sehingga hari ini.

Akhirnya, beliau berjaya memberi meluahkan pendapat professionalnya di mahkamah hari ini.

Namun, hatiku perit. Melihatkan beliau dipermain dan dipersendakan oleh seorang badut yang tergamak mengelar dirinya seorang peguam ! Sememangnya hari ini BERHAK menjadi sejarah MALAYSIA ! Badut yang bergelar Abdul Razak ini tergamak mempersoalkan kualiti pelajaran dan pengalaman Porntip. Katanya universiti beliau tidak dikenal-pasti di negara ini. Syabas kepada Porntip kerana lantang membalas soalan bodohnya bahawa universiti tempat beliau belajar merupakan

ANTARA 5 TERBAIK DI ASIA !


*tepuk , tepuk, tepuk*

Apakah universiti yang menghasilkan engkau Abdul Razak ??

Apabila Porntip mengesahkan terdapat kesan cekikan di lehir Beng Hock, sekali lagi Abdul Razak membuat lawak. Bagaikan badut yang dibaham kebosanan. Katanya, Beng Hock mungkin mencekik diri sendiri. Malah Abdul Razak mendemontrasikan teknik mencekik diri di hadapan para hakim dan pengunjung di mahkamah bagaikan membuat pertunjukkan sarkas. Seluruh mahkamah riuh-rendah mentertawakan pertunjukan lucunya. Semakin kuat ketawa, semakinlah badut tersedut seronok mempamerkan lawaknya.

Apakah ini ?? Adakah badut ini mencerminkan kualiti peguam hasil keluaran universiti di negara ini ? Tak cukup ke kami ditertawakan di setiap pelusuk dunia ? Tak cukup malukah kita ?Tak kurang hebat kita ni, mampu dipersembahkan oleh CNN ke seluruh dunia. Kini, saya amat malu dan tidak bermuka untuk memandang kawan dari tanah Thailand apatah lagi bercakap dengan mereka.

Jikalau imaginasi badut ini sebegitu benar, katakan Beng Hock cuba cekik diri sendiri sebegitu kuat sehingga mati / tak sedar diri. Macam mana kah dia terjun dari bangunan tersebut ?? Dia jalan mimpi ke ? Ataupun dia cuba cekik dirinya di atas bangunan sehingga pengsan, lepas tu terjatuh ke bawah ? Logik sedemikian, budak 3 tahun pun tidak mungkin percaya. Saya sememangya kagum dengan Abdul Razak ini. Saya rasa, budak terencat akal pun rasa keberatan untuk memancutkan teori sedemikian dari mulutnya. Handal ! Handal sungguh. Macam mana dia tergamak meluahkan logik sedemikian di kalayak ramai ? Saya sememangya menyokong penuh Abduh Razak ini memperhentikan kerjaya peguamnya dan menghasilkan buku yang berjudul, 'Serendah manakah IQ yang anda patut capai, untuk berlawak ?'.

Kasihan keluarga Beng Hock. Isterinya telah sarat mengandung. Jenazah suaminya terpaksa dikorek kali kedua untuk dibedah siasat. Sampai kini, apa yang mereka dapat, cumalah lawak jenaka dari pihak kerajaan. Menurut Abdul Razak, mereka cuma main majoriti. Jika terbukti benar pandangan Porntip, tetapi asalkan 3 doktor yang kononya pakar berkata tidak, maka pandangan Porntip tidak akan diterima. Majoriti menang.

Adil ? Nak suruh MACC siasat sama ada 3 doktor tersebut menerima rasuah ke tidak ? Tak payahlah. Bazir masa, tenaga dan kecerdikan kami.

Menang kalah kes ini telah diputuskan sejak awal lagi. Maafkan saya keluarga Beng Hock. Kerajaan cuma memainkan wayang saja supaya tidak dikecam kuat oleh Kuasa Dunia mengenai kekotoran sistem kehakiman di negara ini. Apa macam pun kenalah berlakon sedikit agar tidak sebegitu palsu sehingga menunjukkan nanah berdarah.

Apakah daya kita ? Kuasa tiada di tangan dan terpaksa dilayang-layangkan oleh yang berkuasa. Tetapi barisan pembela keadilan seperti Gobinh Singh dan Karpal Singh tetap teguh berdiri menentang musuh yang terlalu berkuasa. Bagaikan Spartan 300 menentang jutaan askar. Walau faham di hati bahawa mereka akan melalui jalan yang penuh dengan ketidak-adilan dan mungkin ancaman maut, tetapi mereka tetap tidak berputus-asa. Mereka akan merebut setiap peluang yang ada dan berperang mati-matian demi membela keadilan untuk Beng Hock.

Maafkan kami. Masa untuk rakyat bertindak belum kesampaian. Kini cuma boleh bergantung kepada hero-hero ini untuk mempertahankan keadilan sementara Pakatan Rakyat giat menyedarkan rakyat jelata. Apabila masa kesampaian, GE 13, Saya berjanji, jutaan rakyat Malaysia akan bertindak menjahanamkan sistem kehakiman yang korup ini dan juga segala pihak yang telah merampas ayah dari seorang bayi yang bakal dilahirkan.

KEADILAN UNTUK BENG HOCK !

3 comments:

黃競隆字鴻旭 said...

sembahyang untuk Beng Hock

Ethan Tan said...

Damn agree with this !
What kind of a lawyer is this ?
Talk like this taking the face of Malaysia as a joke at the eyes of the world .....FTW

Terencat akal punya orang ....

gironick said...

ur malay sipekkkk geng!
XD